Admin Pro ©September 20, 2006 11:17 am

Assalamualaikum..

Update laman Langkap Online agak lambat kerana saya amat sibuk dengan beberapa kerja mutkharir ini..apa pon, pelawat blog ini, boleh juga sumbangkan paper artikel dan isnyaALLAH saya akan updatekan/masukkan dalam laman web Langkap Online..

terima kasih sokongan kalian..

Admin Pro ©June 13, 2006 8:17 am

Pelawat boleh berkunjung ke laman Langkap.net, dah pulih seperti biasa..

http://www.langkap.net/Ver1/index.php

Admin Pro ©May 31, 2006 4:53 am

Assalamualaikum..

Buat pengunjung laman Langkap Online, pihak pentadbir memohon kemaafan kerana kesulitan melayari laman kami…

InysaALLAH laman akan kembali seperti biasa…

Terima kasih ..

Adminpro

Pentadbir Langkap Online

Artikel IlmiahMay 27, 2006 5:06 pm

Oleh : Muhamad Hanafi
(kiriman e-mail, terima kasih)

Apabila saya biacarakan Modal Insan hanya nama yang Islamik, saya fikir diucapkan dengan penuh penelitian. Sebelum saya berkata, saya menekuni dengan berhati-hati teks ucapan penuh perbentangan cadangan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Ucapan penuh PM dapat dibaca dalam majalah MASA (April 2006) muka surat 6 hingga 21. Enam belas halaman bercetak semuanya.

Maka suka saya selitkan bahagian modal insan yang diucapkan oleh YAB PM kita seperti berikut: Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus dipertingkatkan. (Langkau beberapa baris) Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama akan dilaksanakan.
Pertama: Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.
Kedua: Memperkukuh keupayaan Sains, R&D dan Inovasi.
Ketiga: Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Pasca ucapan RMK9 nampaknya sudah berlaku perkara sebaliknya.

1. Isu pengucapan kata-kata kesat di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak menggambarkan strategi modal insan diberi penekanan.
tetapi dalam isu pengucapan kata-kata kurang sopan di kalangan pemimpin pembangkang, tetapi diselesaikan dengan permohonan maaf secara terbuka. Malah parti pembangkang secara bersama menolak keceluparan ucapan yang dibuat oleh ahli mereka. Maka dalam hal ini, mengapa PM selaku yang digelar ulul-amri tidak berbuat demikian secara terbuka pula? Strategi ketiga sudah dilanggar.

2. Di manakah kekuatan moral seorang pemimpin jika mencampuri urusan pihak berkuasa demi kepentingan perniagaan peribadi? Saya merujuk kepada kes Datuk Said. Tidakkah perkara ini kontradiksi yang jelas, jauh menyimpang daripada strategi pembangunan modal insan yang ketiga? Bagaimana masyarakat akan berbudaya dan bermoral jika pemimpin sendiri tidak bermoral?

3. Peletakan jawatan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) menunjukkan strategi ketiga yang digariskan sekali lagi ditongsampahkan. Memang benar, dasar adalah dasar yang itulah yang harus diikuti. Tetapi jika dasar sudah melangkau prinsip, apakah pada ketika itu dasar wajib ditaati? Kita ambil contoh ketaatan kepada ibu bapa. Kita diajar mentaati ibu bapa selagi arahan seorang ibu tidak bertentangan dengan syarak.
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh)… (Luqman: 15). Begitu juga pemimpin. Ketaatan kepada ulul-amri hanya terbatas kepada perkara-perkara yang haq sahaja. Jika salah dan bertentangan dengan kehendak syarak, ia tidak wajib ditaati.

4. Perkataan modal insan sangat tidak cocok. Adalah lebih baik sekiranya istilah sumber manusia digunakan. Insan itu kalimah arab yang digunakan sebagai menampakkan Islamiknya istilah yang digunakan. Walhal perancangan ke arah pembangunan modal insan adalah sebaliknya.

Kita masih belum mengetahui perkara-perkara yang akan berlaku seterusnya khususnya yang berkaitan strategi ketiga yang disebutkan di atas. Dua perkara pertama tidak mahu diolah kerana saya melihat ruang memperbanyak pakar tempatan amat terbatas. Masih terdapat kepakaran luar yang diguna walhal saintis tempatan juga hebat-hebat. Saya juga berharap agar penyelidikan yang dibuat tidak sekadar menjadikan pensyarah di universiti syok sendiri. Syok sendiri dan merasa kepuasan sendiri-sendiri dengan memenangi anugerah penyelidikan tanpa dapat dikomersialkan. Saya sesungguhnya amat kagum dengan tahap patriot yang dimiliki oleh sebilangan saintis Malaysia yang tidak sanggup menjual teknologi mereka kepada pihak luar meski mereka ditawar ganjaran yang lumayan. Soalnya, sampai bila mereka mesti melonggokkan hasil penyeldikan dalam koleksi buku-buku penyelidikan di dalam almari atau rak buku?

Naimisa Yusof: http://www.e-komuniti.com/esasterawan/1.asp?uid=78

Admin Pro ©April 5, 2006 6:56 am

Assalamualaikum…

Buat sahabat pengunjung setia ataupun baru..
Kami di Langkap Online membuka ruang utk sahabat2 sekalian..
Berkongsi artikel samada ditulis sendiri atau diambil dari mana2 sumber..
Utk sama2 dikongsi dalam Langkap Online..

Bagi yang memang sudah ada bakat menulis..
Dijemput utk menjadi kolumnis disini..samada..
Kolumnis tetap atau sambilan..
Sama2 kita sumbangkan idea dan keringat..
demi kemenangan Islam..

Salam hormat dari..
ADMIN PRO,
http://www.langkap.net/v1/index.php

Admin Pro ©March 30, 2006 9:46 am

Assalamualaikum..

Buat teman pengunjung..
Weblog ini sudah berpindah ke site yang baru..

Langkap Online

Moga kalian terus menunjungi site baru ini ..

Terima kasih.

Admin pro.

Bahan BergambarMarch 25, 2006 5:55 am

DS Anwar Ibrahim

BERTEMU WARTAWAN SELEPAS DISOALSIASAT…Anwar menuntut agar polis juga menyiasat segala laporan polis yang beliau buat selain menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Umno. Anwar bercakap kepada pemberita selepas disiasat kira-kira satu jam oleh polis dari Pasir Mas berkaitan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir penghujung tahun lalu. Foto Md Nasir Sudin.

Fikrah PimpinanMarch 24, 2006 4:57 pm

Presiden

DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden PAS, dikenali sebagai seorang tokoh ilmuan dalam bidang ilmu agama. Namun tidak ramai mengetahui bahawa ulama yang menetap di Kampung Rusila, Marang, mahir dengan perkembangan teknologi maklumat (IT). Beliau menguasai ilmu IT dan menggunakan peralatan moden sejak lebih 20 tahun lalu. Ikuti sembang-sembang MOHD RASHIDI HASSAN dengannya, di pejabat beliau, di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sejak bila mendekati IT?
Saya mula belajar IT bermula tahun 1984. Masa itu guru komputer saya, Yusof Lee. Mouse pun tidak ada, lap top pun tidak ada, saya guna komputer jenama IBM.
(more…)

Analisis @ Fokus IsuMarch 22, 2006 1:47 pm

Pak Habib

Ketika saya dan Cham Nong, anak didik saya keturunan ‘Melayu Siam’ dari Baling Kedah menghampiri sebuah restoran ‘mamak’ berhampiran Ampang Point, saya ternampak Dato’ Johan Jaafar dan seorang pencetak Melayu sedang duduk bersembang. Johan mengangkat tangan. Kami datang ke meja mereka. Saya memperkenalkan Cham Nong ‘protege’ saya yang sudah berjaya menerbitkan majalah, dulu pekerja arwah Khalid Jeffri di Perdana Sari.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan yang mengambil alih jawatan tersebut dari Datuk Zainuddin Maiden (Zam), kini Menteri Penerangan dalam kabinet ‘kitar semula’ Pak Lah mempelawa kami duduk. Seperti biasa mesti ‘kena teh tarik mamak’, belum sempat mukadimah, minuman sudah ada di atas meja. Manalah kedai ‘mamak’ tak maju.

(more…)

Analisis @ Fokus Isu 8:35 am

Tun Mahadir
Tun Dr Mahathir

Berita ini bukan diambil dari akhbar Harakah, bukan juga Suara Keadilan tetapi ia diambil dari sebuah akhbar tabloid BEBAS yang memaparkan di mukadepan keluaran bulan Macnya dengan tajuk:

Tun Mahathir tolak Islam Hadhari

Pengarang akhbar tersebut, seorang penulis politik veteran, Yahya Ismail telah sempat menemuramah bekas PM Tun Dr Mahathir Mohammad berkenaan dengan konsep Islam Hadhari yang telah dicipta oleh PM Dollah Badawi sejak menjadi PM mengantikan Tun Dr M.

(more…)

Berita Luar Negara 6:55 am

Lawat masjid Al Azhar
Lawat Masjid Al Azhar
Putera charles
Menyampaikan ucapan
syeikh tantawi dengan putera charle
Memberikan penerangan

CAIRO, March 21, 2006 (IslamOnline.net) – British Crown Prince Charles Tuesday, March 21, harped on the fact that Islam, Christianity and Judaism share the same origin, urging wise men and women to help restore mutual respect between faiths and criticizing Danish cartoons lampooning Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) and the ensuing violence.

“The recent ghastly strife and anger over the Danish cartoons shows the danger that comes of our failure to listen and to respect what is precious and sacred to others,” Prince Charles told an audience of some 3,000 people at Al-Azhar University, Islam’s most ancient seat of learning.
(more…)

Admin Pro ©March 20, 2006 4:41 pm

Muntada islam hadari
Assalamualaikum..

Rasa terpangggil untuk meluahkan rasa kekecewaan dan meluat pabila kedatangan Dr Mashitah Ibrahim ke Mesir baru-baru dan sempat menubuhkan Muntada Islam Hadhari . Satu lagi ciptaan UMNO Mesir demi memartabatkan UMNO -Sekular dalam masyarakat pelajar Al Azhar.

Rata-ratanya, mahasiswa Al Azhar sudah lama dan selamanya menyedari segala perancangan dan tipu daya mereka untuk menghancurkan gerakan Islam diseluruh tempat.Dari dulu dan sampai sekarang..mereka tetap berusaha melenyapkan suara mahasiswa Al Azhar dalam menyebarkan dakwah Islamiah ditanah air. Al Azhar yang melahirkan sebilangan sof yang mendaulatkan Ilmu-ilmu Islam dijadikan sasaran sebegitu rupa oleh UMNO supaya gerakan Islam akan tersekat dan musnah.

(more…)

Admin Pro © 5:44 am

Assalamualaikum..

Buat sahabat2 pengunjung Langkap Online..
Bermula hari ini (20 Mac 06)…
Forum Langkap Online dibuka untuk semua..
Tak perlu mendaftar untuk berforum..
Nak daftar pon tak apa..dialu-alukan..
Semoga dapat dimanfaatkan forum ini..
Ukhuwah yg terjalin..akan terus thabat!..

Silalah berforum…


Kezaliman UMNOMarch 19, 2006 3:05 pm

Abd Wahid Endut
Oleh Harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 19 Mac - Bendahari PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan slogan kempen pilihan raya Umno dalam pilihan raya umum lalu ‘BN menang rakyat senang’ adalah satu pembohongan.
Katanya, sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan negeri ini dua tahun lalu, rakyat semakin tertekan dan menderita.

(more…)

Analisis @ Fokus IsuMarch 16, 2006 9:43 pm

Kiriman: Nor Suzriman bin Mohamad

Kenaikan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini oleh kerajaan amat tidak munasabah dan mengecewakan semua rakyat Malaysia. Apa yang dikatakan di dalam ucapan dan penjelasan PM serta TPM adalah satu-satu yang menghina rakyat Malaysia seolah-olah semua kita ini bodoh.

(more…)