“Oleh: AMIRULREZA
“Ya Allah! Hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrikin itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuh-MU,muliakanlah agama islam serta kaum muslimin. Rapatkanlah hubungan kasih sayang di dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan di antara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka di dalam menentang musuh-musuh-MU dan musuh-musuh kaum muslimin.” (Qunut Nazilah)
Kini Ariel Sharon berada di dalam keadaan yang amat-amat genting. Malah ramai dikalangan pejuang islam di seluruh dunia sedang menunggu berita buruk dari Ariel Sharon di Hadassah Hospital. Malah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, hari ini turut menyatakan harapannya untuk mendengar berita kematian Perdana Menteri Israel itu.
” Harap-harap akan kedengaran berita penjenayah Sabra dan Shatila bakal menyertai nenek moyangnya, “Ahmadinejad dipetik sebagai berkata oleh Agensi Berita Penuntut Iran (ISNA).
Seperti yang kita sedia maklum. Sharon kini mengalami keadaan dimana separuh dari otaknya tidak berfungsi.Ini gara-gara penyakit stroke (angin ahmar) yang menyerangnya pada 18 Disember 2005.
Namun apa yang menyebabkan Sharon terpaksa di bedah ke dua kalinya adalah kerana Sharon dikesan oleh doktor mempunyai pendarahan baru setelah semalam beliau dibedah untuk pertama kalinya.
Namun, ketika ramai pejuang islam yang ‘mendoakan’ agar Sharon mati,seluruh proxy nya di barat pula ‘mendoakan’ agar Sharon dapat ’survive’ untuk menyatukan pakatan zionis untuk menghancurkan Palestin serta dunia Islam keseluruhannya.
Namun jika kita perhatikan sedalam-dalamnya, adakah zionis akan kehilangan pemimpin untuk menjayakan ‘mitos’ Holocaust mereka ? Sememangnya, puak-puak zionis sedang bercelaru untuk memegang kuasa di negara Yahudi itu, namun sejak dahulu lagi, apabila mereka berfikir untuk ‘hancurkan Islam’ mereka boleh bersatu walaupun mereka sebenarnya dalam keadaan krisis.
Sekarang kita lihat calon-calon pemimpin zionis yang bakal mendominasi dunia selepas era Ariel Sharon.
Ehud Olmert, 60 tahun (Kadima Party)
Pemangku perdana menteri, Menteri kewangan dan Mayor Jerusalem. Dilihat sebagai penerus bagi polisi Sharon iaitu pengunduran dari pendudukan tengah bandar palestin yang mana pada masa yang sama membina penempatan haram israel di Tebing Barat, berdekatan dengan Israel.
Olmert merupakan pengikut Sharon dengan meninggalkan barisan utama parti Likud bagi membentuk parti Kadima. Olmert menyertai kabinet Sharon bermula tahun 2003.
Berdasarkan pungutan suara yang dijalankan stesen televisyen Channel 10 semalam, Kadima dibawah pimpinan Olmert masih berpeluang merebut 40 daripada 120 kerusi parlimen yang dipertandingkan mendahului parti Likud dan Buruh.
Benjamin Netanyahu, 56 tahun (Ketua Parti Likud)
Bekas perdana menteri yang menjadi orang utama kejayaan Sharon sebagai pemimpin Likud, berhenti menjadi Menteri Kewangan dari kerajaan Sharon tahun lepas. Seorang yang menentang penubuhan penuh negara Palestin
Dilahirkan di Tel Aviv, berpindah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat semasa remajanya, seorang yang boleh bercakap bahasa inggeris dengan fasih dan pemegang ijazah di dalam Pengurusan Perniagaan dari Massachusetts Institute of Technology.
Shimon Peres, 82 tahun (Kadima Party)
Bekas perdana menteri dan pemenang Anugerah Nobel di atas usaha pendamaiannya. Pungutan suara menunjukkan jika Peres mengetuai Kadima di dalam pilihanraya March nanti, parti itu akan memenangi 42 kerusi.
Namun begitu, Peres tidak pernah menang pilihanraya dan telah disingkir dari memimpin parti Buruh oleh Amir Peretz tahun lepas.
Amir Peretz, 53 tahun (Ketua Parti Buruh)
Merupakan seorang yang mantap di dalam isu sosial tetapi lemah dalam hal perang dan damai. Peretz berimigrasi bersama keluarganya ke Israel dari Maghribi pada 1956 dan tinggal di bandar Sderot, di hujung Gaza Strip.
Pemegang diploma sekolah tinggi, berjaya mencapai taraf kapten di dalam ketenteraan dan dicalonkan di dalam parliment Israel pada 1988. Pada tahun 1995, beliau menjadi ketua Histadrut Labour Federation.
Seorang yang jarang bercakap mengenai usaha untuk merapatkan jurang kemiskinan dan menentang polisi pasaran terbuka Israel.
Tzipi Livni, 47 tahun (Kadima Party)
Menteri kehakiman, bintang yang sedang meningkat naik di dalam dunia politik Israel dan protege Sharon. Seperti Olmert, beliau mengikut Sharon untuk menyertai Kadima. Pungutan suara mengatakan bahawa sekiranya beliau mengetuai parti, ia akan memenangi 36 kerusi parlimen.
Pemegang ijazah undang-undang, Livni menghabiskan 4 tahun bekerja di Agensi Pengintipan Mossad. Semenjak 2001, beliau telah mememgang banyak portfolio di dalam kerajaan Sharon antaranya adalah dalam pertanian, perumahan, dan pembangunan serantau.
Pengganti Sharon yang termuda dan seorang yang selalu di temuramah oleh stesen televisyen dan popular dikalangan orang-orang Israel.
Shaul Mofaz, Menteri Pertahanan (Kadima Party)
Merupakan orang selepas Sharon, seorang yang paling dipercayai dan ahli politik Israel yang dipercayai. Menjadi Menteri Pertahanan pada 2003 dan bertanggungjawab ke atas pengusiran Yasser Arafat dari kawasan Palestin.
Seorang yang menyokong keputusan Sharon berundur dari Gaza Strip. Berhenti dari parti Likud dan menyertai Kadima pada Desember 2005 sehari selepas beliau mendakwa tidak akan meninggalkan parti itu.
Silvan Shalom, Menteri Luar (Parti Likud)
Seorang Tunisia kelahiran Sephardi Jew, berpindah ke Israel pada 1959 dan menyertai arena politik agak lewat, menyertai Knesset sebagai ahli Likud pada 1992.
Menghabiskan 2 tahun sebagai Menteri Kewangan dari 2001. Dicalonkan sebagai Menteri Luar oleh Ariel Sharon pada 2003. Kalah dalam perebutan kuasa dengan Netanyahu bulan lepas namun tetap mahu kekal bersama party Likud daripada menyertai Kadima.
Itulah antara bakal pemimpin zionis yang akan menggantikan Sharon sedikit masa lagi. Mungkin “penyembelih Kem Pelarian Sabra dan Shatila” itu bakal mengakhiri zamannya namun dunia Israel seolah-olah rantau yang tidak gersang dengan pemimpin pengganti yang kejam.
Jika mereka boleh bersatu untuk menyembelih Palestin, namun bagaimana pula dengan dunia Islam yang hanya menjadi penonton ke atas kekejaman rakyat Palestin. Pemimpin OIC yang diketuai oleh Pak Lah pun masih gagal untuk mendaulatkan dunia Islam.
Memang kita kononnya mempunyai negara Islam yang dikatakan maju dan sebagainya, tetapi negara islam yang maju itu masih berpaut kuat dengan Amerika Syarikat yang menjadi proxy Israel untuk menjahanamkan dunia Islam.
SILA LAYARI: amirulreza.2ya.com